Monday, September 10, 2012

Terkenang masa dulu

Ini cerita masa zaman aku sekolah rendah dulu. Zaman-zaman tuk patoilah org kata.
Dulu asal cuti sekolah aje, mak dan ayah post aku ke kampung. Tujuannya supaya  aku akan
lebih rapat dengan atuk dan nenek. Tapi pada masa tu aku rasa diorg macam tak sayangkan
aku sebab asyik-asyik aku sorang je yang kena hantar ke kampung. Sedangkan aku ada dua org
abg dan satu kakak yg duduk bersama. Aku pula jenis suka pendam, mungkin sebab aku takut nak luahkan.

Kalau duduk kampung rutin harian bermula gelap-gelap subuh lagi. Pukul 5 pagi atuk dan nenek dah bangun siapkan bekalan untuk dibawa ke kebun getah. Biasanya air kopi dan lempeng, kadang-kadang jemput-jemput dan yang paling koman pun biskut kering. Jangan pandang rendah pada biskut kering, kerana di dalam pokok getah makan apa saja jadi enak. Mungkin pasal suasananya yang damai hanya bunyi angin menyapa pohon dan bunyi nyamuk bernyanyi ditelinga dan aroma getah sekerap yang menusuk hidung. Masa mula-mula aku ikut atuk dan nenek aku menoreh dulu, aku pakai baju bersih lepas tu lengan pendek pulak tu. Diorang suruh aku pakai baju yang bersidai    
bawah rumah, katanya pakaian khas untuk menoreh. Baju kemeja lengan panjang dah tu bau dan warna baju tu tak dapat nak gambarkan apa warna sebenar baju tu. Lepas tu kena pakai seluar panjang. Kali pertama disuruh pakai aku tak mahu tapi diorang tak paksa. Tapi bila sampai di kebun getah barulah aku menyesal kenapalah aku tak sarung je baju yang kat bawah rumah tu sebab darah aku naik kering kena gigit dek nyamuk.

Tugas pertama yang diorg beri kat aku, kena kutip semua getah sekerap dan masukkan dalam baldi.
Dalam hati aku "alah senang je tu". Atuk aku pun buatlah demo kat aku cara-cara nak kopeknya dari mangkuk getah. Lepas tu aku pun trylah, bila aku tarik je benda tu, dia macam berair sikit dan rasa macam pejal-pejal gitu. Waktu aku tarik air dia terpercik kat muka aku, mak ai! bau apa ni busuknya. Atuk aku dengan selamba menjawab "bau duit tu". Aku pun apa lagi buat kerja pantas-pantas supaya aku cepat dapat habiskan kerja dan rehat tunggu diorg toreh pulak. Biasanya kopek getah sekerap senang dan cepat tapi untuk menoreh kena ketelitian dan skill supaya pokok tak luka.
Aku akan berhenti dipokok yang terakhir dan menghadap ke sungai kecil sedangkan atuk dan nenek aku berada nun jauh sedang terbongkok menjalankan tugas. Waktu beginilah selalunya aku melayan  
perasaan. Tiba-tiba je hati aku jadi sayu bila teringatkan mak dan ayah. Aku menangis seorang diri
sambil membaling batu ke dalam sungai. Hati ini rasa sakit sangat aku kutip biji-biji getah aku kumpulkan dalam baju lepas tu aku pun apa lagi aku pun attack semua ikan-ikan yang dalam sungai tu. Tak cukup dengan tu aku capai ranting-ranting patah yang banyak dalam kebun atuk aku tu  , aku sesah semak semak di tepi tebing sungai tu sampai terang. Sambil aku bernyanyi lagu arwahyarham Tan Sri P.Ramli " dimanakan ku cari ganti". Makin aku nyanyi makin mencurah airmata aku mengalir. Dulu aku tak faham kenapa aku anak yang bongsu tapi tak rasa manja, rupa-rupanya aku anak bongsu tak jadi, sebab waktu aku berusia 13 tahun aku dapat adik perempuan. Pada waktu itu barulah aku sedari yang aku selama ni perasan kononnya anak bongsu.

Waktu aku sedang asyik nyanyi atuk aku pun menegur "Oi Marini, kau buat apa tu, berangan ke?
Alamak rupa-rupanya atuk aku dah hampir dengan aku, jarak beberapa batang pokok aje, jadi dia boleh dengar suara aku. Aku cepat-cepat dedat (bahasa org Melaka) air mata aku. "Oh Kau tolong menebas rupanya, baguslah kalau tidak semak kat situ, habiskanlah menebas sampai hujung sana".
Sambil tangannya menunjukkan kearah semak-semak sepanjang sempadan sungai. Aku tersengih kelat sambil dalam hati berkata "pulak"! Habis je menoreh nenek aku yang aku panggil "mak darat" membentang tikar mengkuang kecil untuk kami menikmati sarapan pagi kami di dalam pokok getah. Aroma kopi kampung yg kaw-kaw tu buat aku tak sabar nak minum. Baru aku letak cawan besi ayan kat mulut aku dan sempat merasa sikit kopinya, aku hampir nak terlepas cawan tu sebab terlalu panas, berasap lagi air kopi tu. Dah tu kopinya punyalah pekat rasanya pahit dan manis-manis sikit. Maklumlah kali pertama minum kopi macam tu, sebab kalau rumah aku kat Johor ayah aku tak kasi minum kopi katanya macam orang tua-tua pulak. Tapi sehingga sekarang aku rindu nak menikmati rasa air kopi yang sebegitu lagi. Kebanyakan kopi sekarang sudah banyak campuran. Alamak mengantuklah pulak lain kali aku sambung cerita lagilah.

No comments:

Post a Comment