Friday, September 14, 2012

afiq buatkan air


Pagi tadi kawan aku datang beraya kat rumah. Aku tinggal berdua je dengan anakku Afiq. Afiq suka sakan, dia ni memang jenis suka orang datang rumah. Macam2 soalan dia tanya kat kawan aku tu, mengalahkan reporterlah pulak. Sedang aku sibuk sembang2 dengan kawan aku, Afiq pun menghilangkan diri, sangkaku tentu dia naik ke tingkat atas untuk bermain dengan mainannya. Tiba2 tengah aku tergelak-gelak berbual dengan kawan aku tu, Afiq muncul dengan secawan air siap dengan piring sekali. Woo... Wooo...Woo...dia bawak air milo yang dibancuhnya sendiri dan letakkan dimeja dihadapan kawanku sambil kata "nah minumlah air milo". Aku dan kawanku yang sedang asyik duk gelak tiba2 terdiam, bukan ape 'terkejut mak'. Aku ingat itu aje, rupa2nya ada lagi secawan untuk aku pulak.

Kawan aku kata "Sejak bila pulak kau ambil buruh kanak2 jadi kau punya tukang gaji?"
                            "Eh! boleh minum ke ni?"
Aku pun jawab "Minumlah kalau kau berani, tapi sebelum tu biar aku yang minum dulu, takut juling
                           pulak mata kau nanti".

Boleh tahan jugaklah air Afiq buat cuma kurang manis sikit dan milonya pun tak terlalu panas mungkin dia tiru cara aku buatkan susu dia. Air panas setengah dan lagi setengah air sejuk.
Tapi boleh dikategori 'pass' bagi budak yang umurnya baru 4 tahun.

Bila kawan aku dah balik aku pun jengahlah ke dapur, Ya ampun, berkecahnya dengan tin milo kat lantai lepas tu tak tutup lak tu. Susu pun tak simpan balik dalam peti ais. Dia pun berdiri sebelah aku sambil senyum-senyum takut lantas aku peluk dia dengan erat kerana dia buat hari2ku ceria dengan telatahnya. Afiq, Afiq..... ibu terharu sangat, kalau Afiq tak ada tentu ibu kebosanan.

No comments:

Post a Comment