Monday, September 10, 2012

bacaan yassin untuk anakku

            Hari ini anakku Balqis akan menduduki peperiksaan UPSR. Aku menghantarnya ke sekolah
dengan hati yang berdebar-debar seolah-olah aku yang akan mengambil peperiksaan. Balqis, ibu akan mendoakanmu sayang. Moga-moga Allah mempermudahkanmu untuk menjawab soalan. Aku meminta izin pengawal keselamatan untuk masuk ke kawasan sekolah, untuk membaca yassin. Aku diminta menunggu kerana pengawal keselamatan tu tak pasti samaada ibubapa dibenarkan masuk atau tidak. Katanya lagi sekarang guru besar baru penolong guru besar pun guru baru juga. Akhirnya aku dibenarkan masuk setelah mendapat kepastian. Alamak takkan sorang2 mana ibubapa yang lain. Mereka menempatkanku di dewan mesyuarat. Aku masuk dan terus duduk dan membaca yassin. Semasa sedang membaca seorang ustaz masuk dan diikuti oleh guru2 yang lain. Tiba2 hatiku begitu sayu sehingga aku rasa macam nak menitis airmata. Tak tahu kenapa, mungkin aku rasa malu atau aku memang sayu bila baca yassin seorang diri. Aku diberi sebotol air mineral dan ustaz tersebut mula menyampaikan sedikit maklumat dan memulakan bacaan yassin beramai-ramai.  Tiba-tiba masuk 2 org suami isteri yang aku kenali iaitu jiran kami ibubapa kepada Fahmi. Isterinya duduk disebelahku. Permulaan bacaan yassin aku rasa macam dah nak terkeluar airmata tapi aku control macam nak gila sebab aku tak mahu dicop 'over' pulak nanti sebab aku sendiri tak tahu kenapa aku sayu sangat ni. Tapi apa yang pasti aku mahu membari sokongan kepada anakku agar dia dapat merasakan yang dia tidak berjuang sendirian dan merasakan kasih sayang dari ibunya. Balqis anakku jawablah soalan dengan tenang, ibu disini mendoakanmu

No comments:

Post a Comment